Skip to main content

Menjaga Kulit Wajah Dengan Bahan Semula Jadi Secara Alami

Ada wanita yang mempunyai kulit wajah yang sensitif. Cara terbaik adalah dengan menggunakan bahan semula jadi dan alami. Jadi tiada masalah bahan kimia yang dapat merosakkan kulit wajah.

1. Gunakan Jeli Aloe Vera


Pokok lidah buaya mudah ditanam. Apabila pohonnya sudah besar, potong sedikit daun dan keluarkan lendir atau jeli di dalamnya. Gunakan jeli ini untuk sapu ke seluruh wajah. Bahan di dalam daun aloe vera ini dapat membantu mengurangkan kedut dan parut.

2. Masker Madu


Madu mempunyai banyak khasiat kepada tubuh. Selain itu madu asli juga digunakan untuk merawat kulit wajah. Caranya dengan menyapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum di cuci.
Boleh juga mencampurkan sedikit telur putih atau serbuk kayu manis.

3. Air Tomato


Picit tomato dan ambil airnya untuk disapu ke seluruh wajah dan leher. Membantu merawat jerawat dan jeragat.

Jangan lupa minum air kosong secukupnya. Ini akan membantu kulit sihat dan lembap sepanjang hari.


Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Kesihatan Jantung

Jantung sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh, memerlukan nutrien tabahan untuk memastikanny mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung. Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol HDL (Kolesterol baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliseda. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan: + Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik) + Mengurangkan tahap trigliseda (iaitu lemak dalam darah) + erendahkan risiko penyakit jantung. Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi

5 Tips Kulit Cantik Dan Sihat Seperti Puteri

Semua wanita mahukan kulit yang cantik seperti puteri. Macamana cantik kulit puteri? Jika diberi pilihan saya mahu cantiknya kulit puteri itu seperti bayi, halus dan mulus. Tips 1: Minum Air Kosong Mencukupi Badan mengandungi 70% komposisi air. Air berperanan sebagai mengawal suhu badan. Jika badan mudah panas, elok amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi. Kulit juga memerlukan air untuk kekal sihat dan anjal. Ibarat seperti buah yang kekurangan air, akan mengering dan mengecut. Selain minum air kosong, amalan mengambil sayur dan buah yang mengandungi air juga bagus untuk kulit sihat dan cantik. Tips 2: Aloe Vera Bahan di dalam aloe Vera berupa gel itu bagus untuk meredakan radang pada kulit. Amalan menyapu gel ini membantu kulit muka lebih licin, halus dan berseri. Tips 3: Madu Dan Putih Telur Madu selain digunakan untuk minum, bagus diamalkan sebagai Master untuk kulit dicampurkan dengan putih telur. Caranya, letakkan 1 sudu madu kemudian dicampur

Minyak Ikan Bagus Untuk Otak

Ramai yang sudah maklum tentang kepentingan minyak ikan untuk otak. Kandungan Omega-3 di dalam minyak ikan diperlukan oleh sistem tubuh dan ianya tidak ddapat dihasilkan secara semula jadi. Asid lemak Omega 3 ini didapati dengan mengambil sumber makanan daripada ikan. Walaupun dikatakan ikan salmon dan tuna mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi. Ada juga kajian yang menunjukkan kandungan Omega 3 juga tinggi di dalam ikan tempatan di negara ini. Terdapat 3 jenis asid lemak Omega 3 yang utama, DHA (Asid Docosahexaenoic), EPA (Asid Eicosapentaenoic) dan ALA (Asid Alfa-Linolenat). Lebih dari 30% otak terdiri daripada ketiga jenis lemak ini. Penelitian menunjukkan bahawa DHA dan EPA mempunyai pengaruh tinggi terhadap kesihatan. DHA berperanan mengembangkan struktur otak, EPA menyokong kesihatan jantung dengan mengurangkan kadar peradangan. Kedua DHA dan EPA sangat penting mengatur fungsi otak. Kajian juga menunjukkan hubungan Omega-3 dan Alzheimer dan ADHD. Apakah Istim