Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

5 Tips Kulit Cantik Dan Sihat Seperti Puteri

Semua wanita mahukan kulit yang cantik seperti puteri. Macamana cantik kulit puteri? Jika diberi pilihan saya mahu cantiknya kulit puteri itu seperti bayi, halus dan mulus. Tips 1: Minum Air Kosong Mencukupi Badan mengandungi 70% komposisi air. Air berperanan sebagai mengawal suhu badan. Jika badan mudah panas, elok amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi. Kulit juga memerlukan air untuk kekal sihat dan anjal. Ibarat seperti buah yang kekurangan air, akan mengering dan mengecut. Selain minum air kosong, amalan mengambil sayur dan buah yang mengandungi air juga bagus untuk kulit sihat dan cantik. Tips 2: Aloe Vera Bahan di dalam aloe Vera berupa gel itu bagus untuk meredakan radang pada kulit. Amalan menyapu gel ini membantu kulit muka lebih licin, halus dan berseri. Tips 3: Madu Dan Putih Telur Madu selain digunakan untuk minum, bagus diamalkan sebagai Master untuk kulit dicampurkan dengan putih telur. Caranya, letakkan 1 sudu madu kemudian dicampur

Hilangkan Jerawat Dengan Cara Selamat

Wanita yang memasuki usia matang biasanya sudah tidak menghadapi masalah jerawat di muka. Sekali-sekala jerawat datang juga singgah. Apa yang menyebabkan masalah ini? Ada yang mengatakan jerawat timbul kesan dari dalaman yang kurang sihat. Ada juga yang kaitkan dengan faktor pemakanan. Walau apapun puncanya, sebagai wanita yang menjaga penampilan, sudah tentu kita cuba untuk elakkan jerawat timbul di muka terutama apabila ada temu janji penting. Di sini saya kongsikan tips bagaimana untuk menghilangkan jerawat dengan cara yang selamat. Bukan sahaja dapat mengecutkan jerawat malah menjadikan kulit muka lebih licin, membantu tekstur kulit lebih gebu dan halus. Ini bonus. Amalkan Bawang Putih Bawang putih bersifat anti-bakteria, anti kulat dan anti virus. Ia digunakan secara turun temurun sebagai bahan membantu sistem imun badan. Garlic Complex mengandungi Alison yang bertindak sebagai bahan melawan bakteria penyebab jerawat. Selain membersihkan darah dengan mengelua