Skip to main content

5 Tips Kulit Cantik Dan Sihat Seperti Puteri

Semua wanita mahukan kulit yang cantik seperti puteri.
Macamana cantik kulit puteri? Jika diberi pilihan saya mahu cantiknya kulit puteri itu seperti bayi, halus dan mulus.

Tips 1: Minum Air Kosong Mencukupi
Badan mengandungi 70% komposisi air. Air berperanan sebagai mengawal suhu badan. Jika badan mudah panas, elok amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi. Kulit juga memerlukan air untuk kekal sihat dan anjal. Ibarat seperti buah yang kekurangan air, akan mengering dan mengecut.

Selain minum air kosong, amalan mengambil sayur dan buah yang mengandungi air juga bagus untuk kulit sihat dan cantik.

Tips 2: Aloe Vera
Bahan di dalam aloe Vera berupa gel itu bagus untuk meredakan radang pada kulit. Amalan menyapu gel ini membantu kulit muka lebih licin, halus dan berseri.

Tips 3: Madu Dan Putih Telur
Madu selain digunakan untuk minum, bagus diamalkan sebagai Master untuk kulit dicampurkan dengan putih telur.
Caranya, letakkan 1 sudu madu kemudian dicampurkan dengan putih telur. Gaul dan sapu di muka dan leher. Biarkan sehingga kering seperti masker. Basuh dan lap bersih. Amalan ini membantu kulit lebih tegang dan mengecilkan pori-pori.

Tips 4: Tepung Beras Dan Perahan Lemon
Jangan ingat tepung beras gunanya untuk memasak atau menggoreng sahaja. Bagus juga digunakan sebagai skrub muka. Masa belajar dulu, ada seorang kakak senior suka buat paste tepung beras ni, kami tumpang pakai sahaja.
Campur sedikit dengan perahan lemon. Jika kulit muka berjerawat dan ada luka, pedih sedikit. Tepung beras ini berfungsi memutihkan kulit.

Tips 5: Amalan Pengambilan Wuduk
Wuduk bagus diamalkan oleh orang Islam. Biasanya ramai orang akan ambil wuduk apabila hendak solat, cuba amalkan wuduk setiap kali selepas mandi atau apabila selesai beristinjak.
Amalan berwuduk bukan sahaja menjadikan kulit muka sentiasa lembap, malah muka semakin berseri dan bercahaya. Ada 'nur' orang kata.


Ok selamat mencuba. Jangan banyak sangat fikir, nanti stress. Ini juga menyumbang kepada kulit yang tidak sihat. Amalan hidup sihat menjadikan wajah kita ceria dan berseri dari dalam.

#cantikdalamcantikluar

Comments

  1. Yang air tu memang betul sangat. Kalau kurang air bukan je kulit tak cantik tapi badan jadi lesu lemau juga :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul @Jaja
      Terima kasih singgah dan tinggalkan jejak di sini

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Kesihatan Jantung

Jantung sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh, memerlukan nutrien tabahan untuk memastikanny mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung. Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol HDL (Kolesterol baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliseda. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan: + Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik) + Mengurangkan tahap trigliseda (iaitu lemak dalam darah) + erendahkan risiko penyakit jantung. Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi

10 Malam Terakhir Ramadan

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi usia kita sampai ke hari ini.. Sempat untuk berjumpa dengan 10 hari terakhir Ramadhan pada tahun ini, insya Allah.. Bulan puasa bukan sekadar bulan untuk menahan lapar dan dahaga.. Tapi bulan puasa merupakan bulan untuk kita mentarbiah diri kita supaya jadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.. Jom sama-sama kita rebut 10 hari terakhir ini dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita padaNya. Semoga Allah temukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan – AlQadr.. Juga, semoga Allah terima segala taubat dan amal ibadat kita.. Aminnn.. #muhasabahdiri #peringatanuntukdirisendiri