Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Tips Turun Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Perlu Berlapar

Tips turun berat dengan sihat tanpa perlu berlapar Apabila ditanya kepada individu yang punya berat berlebihan atau melebihi bmi, hampir semua mempunyai keinginan untuk menurunkan berat badan. Cabaran yang paling sukar adalah bagi mengurangkan portion makan, atau menukar menu makanan kepada yang lebih sihat. Ini antara tips yang berguna untuk diamalkan. 1- Banyakkan minum air kosong. Sentiasa bawa bekal air ke mana-mana. Otak Kita tidak dapat bezakan antara dahaga atau lapar. Jadi minum air dahulu. 2- Jangan makan berat selepas jam 7 malam. 3- Makan nasi dalam kuantiti sedikit. Satu genggam. Jangan tinggal nasi terus. 4- Mindset. Kekuatan kita menahan godaan dan fokus kepada matlamat yang hendak dicapai iaitu hidup lebih sihat. • Lebihkan pengambilan protein dan kurang karbohidrat. Sumber protein yang lebih baik adalah dari sumber tumbuhan berbanding haiwan. • Kurangkan minum air manis dan bergas. Itu semua menyumbang kepada lebihan pengambilan gula. • Sarapan jangan tinggal

Makanan Tambahan Untuk Aktiviti Fizikal: Hidup Lebih Sihat

Apabila semakin meningkat usia, kesedaran terhadap kesihatan semakin tinggi. Namun ramai juga yang mula mengamalkan cara hidup sihat seawal usia. Cara hidup sihat merangkumi pemilihan makanan yang baik, bersenam, aktiviti harian yang aktif, termasuk pemikiran positif. Alangkah bagusnya amalan kehidupan yang sihat ini dimulakan dari ibu bapa, akan diikuti pula oleh anak-anak. Kesedaran terhadap kesihatan dan amalan kehidupan yang baik semakin meningkat akhir-akhir ini. Kempen cara hidup sihat atau pertandingan larian dan marathon sentiasa ada. Terpulang kepada kita untuk pilih cara yang bagaimana. Ada yang suka jogging, ada yang menyertai larian terbuka, ada yang gemar berbasikal, ada yang panjat bukit, yoga, zumba dan pelbagai lagi. Walau apa pun caranya, kita sudah selangkah ke melarikan diri dari pelbagai masalah kesihatan yang disebabkan oleh jantung. Segen kesihatan di IKIM awal pagi tadi, ada menyebut bahawa kegemukan menjadi salah satu punca yang menyumbang k