Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Menjaga Kulit Wajah Dengan Bahan Semula Jadi Secara Alami

Ada wanita yang mempunyai kulit wajah yang sensitif. Cara terbaik adalah dengan menggunakan bahan semula jadi dan alami. Jadi tiada masalah bahan kimia yang dapat merosakkan kulit wajah. 1. Gunakan Jeli Aloe Vera Pokok lidah buaya mudah ditanam. Apabila pohonnya sudah besar, potong sedikit daun dan keluarkan lendir atau jeli di dalamnya. Gunakan jeli ini untuk sapu ke seluruh wajah. Bahan di dalam daun aloe vera ini dapat membantu mengurangkan kedut dan parut. 2. Masker Madu Madu mempunyai banyak khasiat kepada tubuh. Selain itu madu asli juga digunakan untuk merawat kulit wajah. Caranya dengan menyapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum di cuci. Boleh juga mencampurkan sedikit telur putih atau serbuk kayu manis. 3. Air Tomato Picit tomato dan ambil airnya untuk disapu ke seluruh wajah dan leher. Membantu merawat jerawat dan jeragat. Jangan lupa minum air kosong secukupnya. Ini akan membantu kulit sihat dan lembap sepanjang hari. Selamat m

Hidup Sihat Hidup Hebat

Ini adalah tiga tips utama untuk hidup sihat dan hebat. 1. Makan Secara Sihat Kita adalah apa yang kita makan. Pelan pemakanan sihat termasuk pemilihan makanan berkualiti, pengambilan sayur dan buah, produk tenusu bebas lemak atau rendah lemak. Makan mengikut waktu dengan pengambilan makanan yang sedikit atau sekadar apa yang diperlukan. 2. Bersenam Jadikan aktiviti bersenam sebagai amalan secara kerap dan teratur. Banyak kelebihan apabila kita bersenam: + Mengurangkan lemak dan kolesterol jahat. + Membuang kalori dan mendapatkan berat yang ideal + Meningkatkan kesihatan jantung. + Mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik. 3. Pengambilan Makanan Tambahan (Supplement) Secara Bijak Pengambilan protein yang mencukupi setiap hari, sebagai pembina tubuh paling asas, mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat. Multi vitamin dan mineral yang seimbang. Pengambilan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA, dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit berkait kardiovaskular serta memperba

Tips Turun Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Perlu Berlapar

Tips turun berat dengan sihat tanpa perlu berlapar Apabila ditanya kepada individu yang punya berat berlebihan atau melebihi bmi, hampir semua mempunyai keinginan untuk menurunkan berat badan. Cabaran yang paling sukar adalah bagi mengurangkan portion makan, atau menukar menu makanan kepada yang lebih sihat. Ini antara tips yang berguna untuk diamalkan. 1- Banyakkan minum air kosong. Sentiasa bawa bekal air ke mana-mana. Otak Kita tidak dapat bezakan antara dahaga atau lapar. Jadi minum air dahulu. 2- Jangan makan berat selepas jam 7 malam. 3- Makan nasi dalam kuantiti sedikit. Satu genggam. Jangan tinggal nasi terus. 4- Mindset. Kekuatan kita menahan godaan dan fokus kepada matlamat yang hendak dicapai iaitu hidup lebih sihat. • Lebihkan pengambilan protein dan kurang karbohidrat. Sumber protein yang lebih baik adalah dari sumber tumbuhan berbanding haiwan. • Kurangkan minum air manis dan bergas. Itu semua menyumbang kepada lebihan pengambilan gula. • Sarapan jangan tinggal

Makanan Tambahan Untuk Aktiviti Fizikal: Hidup Lebih Sihat

Apabila semakin meningkat usia, kesedaran terhadap kesihatan semakin tinggi. Namun ramai juga yang mula mengamalkan cara hidup sihat seawal usia. Cara hidup sihat merangkumi pemilihan makanan yang baik, bersenam, aktiviti harian yang aktif, termasuk pemikiran positif. Alangkah bagusnya amalan kehidupan yang sihat ini dimulakan dari ibu bapa, akan diikuti pula oleh anak-anak. Kesedaran terhadap kesihatan dan amalan kehidupan yang baik semakin meningkat akhir-akhir ini. Kempen cara hidup sihat atau pertandingan larian dan marathon sentiasa ada. Terpulang kepada kita untuk pilih cara yang bagaimana. Ada yang suka jogging, ada yang menyertai larian terbuka, ada yang gemar berbasikal, ada yang panjat bukit, yoga, zumba dan pelbagai lagi. Walau apa pun caranya, kita sudah selangkah ke melarikan diri dari pelbagai masalah kesihatan yang disebabkan oleh jantung. Segen kesihatan di IKIM awal pagi tadi, ada menyebut bahawa kegemukan menjadi salah satu punca yang menyumbang k