Skip to main content

Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Kesihatan Jantung

Jantung sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh, memerlukan nutrien tabahan untuk memastikanny mampu memenuhi keperluan tubuh.


Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat
Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol HDL (Kolesterol baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliseda. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.

Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:

+ Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
+ Mengurangkan tahap trigliseda (iaitu lemak dalam darah)
+ erendahkan risiko penyakit jantung.


Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat

Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah dan meningkatkan beban kerja pada jantung.

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.


Memelihara Saluran Darah Daripada Tersumbat

Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana jantung mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam rubuh.

Omega-3 membantu;
+ Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar.
+ Melegakan keradangan pada lapiran dalaman saluran darah.


Memberi Ritma Degupan Jantung Yang Sihat

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung.

Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.


Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat

Darah membekalkan nutrien kepada organ, tisu, dan sel badan. Omega-3 membantu mengurangkan risiko pembekuan darah dan meningkatkan aliran darah dengan menormalka kekerapan pengembangan dan penyepitan saluran darah.


Comments

Popular posts from this blog

5 Tips Kulit Cantik Dan Sihat Seperti Puteri

Semua wanita mahukan kulit yang cantik seperti puteri. Macamana cantik kulit puteri? Jika diberi pilihan saya mahu cantiknya kulit puteri itu seperti bayi, halus dan mulus. Tips 1: Minum Air Kosong Mencukupi Badan mengandungi 70% komposisi air. Air berperanan sebagai mengawal suhu badan. Jika badan mudah panas, elok amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi. Kulit juga memerlukan air untuk kekal sihat dan anjal. Ibarat seperti buah yang kekurangan air, akan mengering dan mengecut. Selain minum air kosong, amalan mengambil sayur dan buah yang mengandungi air juga bagus untuk kulit sihat dan cantik. Tips 2: Aloe Vera Bahan di dalam aloe Vera berupa gel itu bagus untuk meredakan radang pada kulit. Amalan menyapu gel ini membantu kulit muka lebih licin, halus dan berseri. Tips 3: Madu Dan Putih Telur Madu selain digunakan untuk minum, bagus diamalkan sebagai Master untuk kulit dicampurkan dengan putih telur. Caranya, letakkan 1 sudu madu kemudian dicampur

10 Malam Terakhir Ramadan

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi usia kita sampai ke hari ini.. Sempat untuk berjumpa dengan 10 hari terakhir Ramadhan pada tahun ini, insya Allah.. Bulan puasa bukan sekadar bulan untuk menahan lapar dan dahaga.. Tapi bulan puasa merupakan bulan untuk kita mentarbiah diri kita supaya jadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.. Jom sama-sama kita rebut 10 hari terakhir ini dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita padaNya. Semoga Allah temukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan – AlQadr.. Juga, semoga Allah terima segala taubat dan amal ibadat kita.. Aminnn.. #muhasabahdiri #peringatanuntukdirisendiri